Saturday, January 22, 2011

Penerangan Mengenai Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

Pinjaman Perumahan Perbendaharaan adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pegawai kerajaan yang layak. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/1995 untuk Skim Pembiayaan Perumahan secara konvensional dan Bil. 10/1994 untuk Skim Pembiayaan Secara Islam Mengikut Prinsip Al-Bai' Bhitaman 'Ajil memberi garis panduan mengenai kelayakan pinjaman dan prosedur permohonan bagi kakitangan awam, tentera dan polis.

Jumlah pinjaman yang diluluskan ialah satu amaun yang terendah antara:
  • harga pembelian atau jumlah penebusan
  • penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta ( JPPH )
  • amaun yang dimohon; atau
  • amaun maksimum kelayakan Pemohon
Syarat-syarat pinjaman perumahan
  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Dokumen mandatori
  • Surat iringan ketua jabatan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan slip gaji yang terbaru
  • Salinan surat pengesahan jawatan
  • Kiriman wang pos atau bank draf
  • Borang permohonan yang terbaru
  • Borang perakuan pemilihan takaful/insuran
  • Borang 2
  • Akujanji peguam- borang 3a @ 3b
  • Salinan hakmilik (geran)
  • Salinan perjanjian (jualbeli @ pembinaan)
Dokumen Tambahan Mengikut Jenis Pinjaman
  • RUMAH TELAH SIAP
  • MEMBINA RUMAH
  • RUMAH DALAM PEMBINAAN
  • MEMBELI TANAH
  • PENYELESAIAN HUTANG
  • UBAHSUAI RUMAH
  • UBAHSUAI RUMAH HARTA PINJAMAN BUKAN KERAJAAN
  • RUMAH TELAH SIAP
A.     Membeli rumah dari pemaju
 i.        Telah ada hakmilik individu atau hakmilik strata
o   Salinan Sijil Layak Menduduki (CF / OP)
o   Borang 7 – dipenuhkan oleh pembeli yang tidak memohon pinjaman, jika pembelian bersama dalam Perjanjian Jualbeli – Skim SPPP sahaja.
o    Laporan penilaian – jika nombor lesen pemaju dan lesen permit iklan dan jualan tidak dicatat dalam Perjanjian Jualbeli
 ii.        Belum ada hakmilik individu atau hakmilik strata

o   Borang 4
o   Borang 5A
B.    Membeli rumah dari individu
  i.        Telah ada hakmilik individu atau hakmilik strata
o   Salinan Sijil Layak Menduduki (CF / OP)
o    Laporan penilaian
o   Penyata baki hutang penjual, 6 bulan kehadapan (jika berkenaan)
o   Surat kebenaran menjual harta bagi kes kontra (penjual adalah peminjam Kerajaan – jika berkenaan)
o    Borang 6
o   Borang 7 – dipenuhkan oleh pembeli yang tidak memohon pinjaman, jika pembelian bersama dalam Perjanjian Jualbeli – Skim SPPP sahaja.
o   Salinan surat kebenaran pindahmilik / menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri (jika berkenaan)
 ii.        Belum ada hakmilik individu atau hakmilik strata
o   Salinan Sijil Layak Menduduki (CF / OP)
o    Laporan penilaian
o   Penyata baki hutang penjual, 6 bulan kehadapan (jika berkenaan)
o   Salinan Perjanjian Jualbeli antara pemaju dengan pembeli pertama
o   Salinan Perjanjian Jualbeli antara penjual (pembeli pertama) dengan pemohon
o   Borang 4
o    Borang 5B
o    Borang 6
o   Borang 7
o   Borang 10 (Sekunder)
o   Salinan borang pindahmilik tanah (Borang 14A/MOT)
o   Surat kebenaran menjual harta bagi kes kontra (penjual adalah peminjam Kerajaan)
o    Surat kebenaran pindahmilik/menggadai/mencagar daripada Pihak Berkuasa Negeri ( Jika Hakmilik Individu telah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik kepada penjual dan mempunyai sekatan kepentingan)
  • MEMBINA RUMAH
    • Salinan hakmilik yang telah didaftarkan atas nama pemohon sendiri
    • Salinan perjanjian pembinaan rumah
    • Borang 7- Persetujuan menggadai oleh pemilik yang tidak membuat pinjaman, jika tanah dimiliki bersama suami isteri tetapi seorang sahaja yang memohon pinjaman
    • Surat kebenaran menggadai/mencagar jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Salinan pelan bangunan yang telah diluluskan
    • Salinan borang pindahmilik tanah (Borang 14A) – Jika tanah didaftarkan atas nama pasangan seorang sahaja.
    • Salinan sijil kontraktor ( SSM/PKK atau CIDB)
  • RUMAH DALAM PEMBINAAN
A.      Telah ada hakmilik individu
o   Borang 7 –Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja.
o   Salinan Lesen Pemaju dan Permit Iklan dan Jualan

B.       Belum ada hakmilik individu (tetapi mempunyai Master Title)
o   Borang 4
o    Borang 5A
o   Borang 7 –Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja.
o   Salinan Lesen pemaju dan Permit Iklan dan Jualan
  • MEMBELI TANAH
    • Laporan penilaian
    • Penyata baki hutang penjual 6 bulan kehadapan (jika berkenaan)
    • Borang 6
    • Borang 7 - Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja
    • Surat kebenaran menggadai/mencagar jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Surat kebenaran menjual harta bagi kes kontra(penjual adalah peminjam Kerajaan)
  • PENYELESAIAN HUTANG
    • Laporan penilaian
    • Penyata baki hutang penjual 6 bulan kehadapan (jika berkenaan)
    • Borang 7 - Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja
    • Surat kebenaran menggadai/mencagar jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Borang 5B –Akujanji Pemaju/Tuantanah ,jika hakmilik individu atau hakmilik strata belum dikeluarkan semasa permohonan dibuat.
  • UBAHSUAI RUMAH
    • Salinan perjanjian kerja-kerja ubahsuai rumah
    • Laporan penilaian
    • Borang 3C (jika belum mempunyai hakmilik individu atau strata) atau Borang 3D (jika telah ada hakmilik individu atau strata)
    • Borang 9
    • Salinan pelan ubahsuai yang telah diluluskan
    • Surat kebenaran menggadai jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Salinan sijil kontraktor ( SSM/PKK atau CIDB)
  • UBAHSUAI RUMAH HARTA PINJAMAN BUKAN KERAJAAN
    • Salinan perjanjian kerja-kerja ubahsuai rumah
    • Laporan penilaian
    • Borang 3C (jika belum mempunyai hakmilik individu atau strata) atau Borang 3D (jika telah ada hakmilik individu atau strata)
    • Borang 9
    • Salinan pelan ubahsuai yang telah diluluskan
    • Surat kebenaran menggadai jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Surat pengesahan bayaran bulanan pinjaman dari pihak bank
    • Salinan Borang 16C (Borang Penangguhan Gadaian) atau Reassignment and Release (kes assignment) yang diakui sah*
    • Salinan sijil kontraktor (SSM / PKK / CIDB)
Nota:
Salinan Borang 16C diperlukan sekiranya rumah berkenaan masih digadaikan kepada pihak bank / institusi kewangan.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBELIAN HARTA PERTAMA
Bayaran Wang Proses adalah RM 1.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 1.00)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP, tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan
Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan membina rumah) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 12 tahun.
SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBELIAN HARTA KEDUA
i)Pegawai Skim Berpencen
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen berdasarkan gaji semasa
Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-
  1      X   Gaji pokok semasa X 300 bulan.
600

ii)Pegawai Skim KWSP
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama

iii)Bayaran Wang Proses Adalah RM 2.00 Bagi Setiap RM 1,000 Pinjaman Yang Dipohon Tertakluk Kepada  Tiap-Tiap Ribu Ringgit  Yang Hampir (RM 500 Dan Ke Atas Dikenakan Tambahan RM 2.00 )

(iv)Tempoh Maksima Bayaran Balik Pinjaman Adalah 25 Tahun Bagi Pemohon Yang Memilih Skim Pencen.  Bagi Pemohon Skim KWSP Tempoh Bayaran Balik Adalah Terhad  Kepada Baki Tempoh Perkhidmatan

(v)Bagi Pinjaman Jenis IV (Pembelian Tanah Untuk Tujuan Mendirikan Rumah) Kelayakan Maksima  Adalah Tidak Melebihi 50% Dari Kelayakan Semasa Dan Tempoh Maksima Bayaran Balik Adalah 10 Tahun

(vi)Syarat-Syarat Dan Peraturan Lain Sepertimana Yang Terkandung Di Dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 Dan Bil.6/95 Masing-Masing Dan Pindaan-Pindaan Kepada Kedua-Kedua Nya Adalah Tidak Berubah Dan Masih Berkuat Kuasa Dari Semasa Ke Semasa.

http://perumahankelantan.blogspot.com/

1 comments:

Nice info...kapan ya saya bisa segera beli.. rumah ini.. :D. Mahal gak ya..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More